
![]() | Abang Rosli yang berasal dari Bukit Rambai, Melaka adalah satu satunya "Pandai Besi" yang masih wujud membuat keris mengikut warisan dan tradisi lama sehingga kini. Beliau mempunyai pengalaman sebanyak 15 tahun dan mengwarisi cara cara membuat Keris dan senjata senjata Melayu dari ayahnya. Tradisi Abang Rosli berkata, satu daripada tradisi lama menempah senjata Melayu seperti Keris adalah pantang larangnya. Satu daripada pangtang larang semasa menempah Keris adalah "Puasa Putih". Apa yang dilafazkan semasa menempah Keris juga perlu diawasi. Pandai besi yang sedang menempah Keris perlu berjaga jaga supaya tidak melafazkan apa apa yang buruk, seperti sumpah menyumpah atau berkata buruk tentang orang lain. Satu lagi dari pantang larang menempah keris adalah, perempuan yang bunting tidak dibenarkan melawat bengkel. Tradisi tradisi tersebut adalah untuk memastikan penempahan Keris oleh pandai besi dijalankan dengan lancar dan kualiti Keris tersebut dijamin. Besi yang digunakan Abang Rosli untuk membuat Keris bukan besi besi biasa. Beliau akan memilih besi besi seperti Besi Kurau, Besi Baja dan jenis besi besi mentah untuk penempahan Kerisnya. |
Sarong Keris
Kebiasaan,
Abang Rosli akan memilih kayu kayu dari jenis kemuning untuk membuat
keris. Satu daripada contoh kayu kemuning tersebut adalah Kemuning Hitam
(atau dikenali sebagai kayu penawar hitam).
Hulu Keris
Terdapat berbagai hulu keris. Contoh nama nama hulu keris adalah Jawa Demam, Ayam Teleng, Hulu Bugis Patah Tiga dan Hulu Tapak Kuda (ataupun dikenali sebagai hulu bunga teratai)
Bahagian Lain Keris
Terdapat
nama nama yang unik bagi tiap tiap bahagian keris. Ianya adalah
Pendokok (bahagian atara hulu bercantum dengan keris), Sampir (bahagian
atas sarung keris), Batang Serunai (bahagian tengah sarung keris) dan
Buntut Sarung (bahagian akhir sarung keris yang boleh dibuat daripada
tanduk kerbau).
Nilai Keris
Apabila seseorang hendak mendapatkan keris dari pandai besi, sebutan nilai yang ditanya dipanggil "Mahar". Keris bukanya untuk dijual beli, tetapi dipindah hak miliknya. Sebutan Mahar untuk mengetahui dan menamakan nilai keris adalah cara adat dan tradisi untuk memelihara nilai keris tersebut supaya ianya tidak diperkecil kecilkan.